Hari ini 18.2.2012 (Sabtu) seawal jam 7.00 pagi dah ramai penerima BRIM hadir di depan pintu Dewan SMK BBB sedangkan majlis hanya akan bermula jam 9.00 pagi, petugas pun belum sempat bersarapan pagi, namun demi memastikan penerima/rakyat gembira dan sentiasa diutamakan petugas terpaksa sarapan ala kadar.
Waaaah begitu ramai yang bertuah dapat RM500 di DUN Bangi... Untuk hari ini sahaja 2200 orang telah menerima RM500 & esok pun sama seramai 2,200 orang, Jadi dengan keadaan yang ramai pelbagai karenah terpaksa petugas hadapi dan tugasan ini perlukan kesabaran dan ketenangan agar semua rakyat dapat dilayan sebaik yang mungkin. Sebarang kekurangan memang tidak dapat dielakkan, namun semua berusaha melaksanakan tugas sebaik yang mungkin.
Baucer RM500 ini disampaikan oleh Dato Mohd Fathil Daud-Penyelaras Dun Bangi/Ketua UMNO Bahagian Serdang dan dibantu juga oleh Timb.Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim, Ketua MIC Bhgn Serdang-Rawisandran dan Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (ICU).
Bagi memudahkan golongan warga emas/OKU/sakit, petugas BRIM berusaha untuk memastikan penerima BRIM diutamakan bagi memberi keselesaan kepada golongan tersebut. Kerjasama yang baik antara wakil bank juga penting untuk memastikan orang tua yang sakit boleh dibantu, cuba tengok tu.. dalam hujan-hujan Abd.Halim-Peg.Khas Penyelas Dun Bangi/SUK UMNO Bhgn Serdang bersama-sama wakil CIMB Bank berjumpa sendiri dengan seorang penerima yang tidak sihat untuk mendapatkan bantuan RM500. Tahniah.
Tahniah kepada pemohon BRIM yang berjaya & tahniah juga kepada petugas dari Pej.Penyelaras Dun Bangi & Ahli-ahli parti komponen BN Serdang, wakil CIMB Bank Caw. Sek.8 BBB, RELA, POLIS & Sekolah Bandar Baru Bangi.
No comments:
Post a Comment