Umum kerap tersilap dalam menilai sesuatu makalah atau buku itu daripada luaran atau kulitnya dan juga tajuknya walhal isi kandungannya kerap tersimpang daripada apa yang dibicarakan. Warna atau rupabentuk sesuatu benda itu yang sepatutnya melambangkan citarasa kita tidak semestinya memiliki kandungan yang kita harapkan. Buah durian yang cantik tidak semestinya mempunyai ulas yang enak begitu juga dengan kita sebagai manusia, berkot tali leher tidak semestinya berjaya. Di gedung dan pasar malah dikaki lima di Guangzhou China, kita akan melihat ramai yang berkot berbasikal buruk atau menolak kereta sorong muat dengan kotak sampah. Begitu juga mereka yang berjubah dan berkupiah tidak semestinya alim berilmu kerana ramai kita lihat di Jeddah, Arab Saudi atau di Dubai yang mereka langsung tidak melambangkan ketinggian ilmu agamanya. Ini yang kita namakan sebagai persepsi, berkupiah berjanggut tidak semestinya tinggi ilmunya
Bandar Baru Bangi ini di kulitkan oleh YB Shafie sebagai bandar ilmu (walaupun kerajaan BN dari tahun 1972 telah memajukan bandar baru ini sebagai Bandar Bistari) tetapi YB Shafie sendiri tidak menjaganya sebagai mana yang di war-warkan. Reko Sentral adalah antara pintu masuk ke Bandar Baru Bangi dari lebuhraya SILK dan bandar Kajang. Kawasan komersial ini adalah antara yang kerap dikunjungi ramai kerana memiliki pasaraya Econsave, kedai makanan, kedai perabut, Hotel dan pusat hiburan. 2 Buah pusat kareoke adalah antara penarik baru di bandar ilmu ini. Ianya bersebelahan dengan hotel budget yang memudahkan maksiat seterusnya selepas berkareoke. Malah agenda politik "Jom Shopping"nya di sini telah mempromosikan lagi pusat-pusat maksiat ini. Tambahan dengan adanya Uptown sebagai galakan anak muda mengunjungi kawasan ini pada waktu malam.
Kawasan DUN Bangi bakal di semarakkan lagi dengan pusat-pusat maksiat yang lain kerana PAS tidak mampu untuk memperkasakan Daulah Islamiah di Selangor D.E. PAS akan terus ditarik hidung oleh DAP dan PKR dalam pakatan rakyatnya kerana matlamat PAS telah berubah, negeri berkebajikan dengan menambahkan pusat maksiat agar orang Islam di Bandar Baru Bangi akan terus berhibur...... memang PAS PIS PUS.. paskan pusat maksiat..pisssskan rakyat dengan kupiah dan jangutnya...pus..sat kemungkaran di Bandar Baru Bangi. Cuba fikir-fikirkan....Sayangi Selangor, Yakini BN pilihan terbaik buat semua.
No comments:
Post a Comment