Kita bicara secara berilmu untuk pembangunan ummah bukan memaki, mencaci dan memfitnahkan sesama ummah. Bagi rakyat Malaysia khususnya anak muda yang berilmu, beragama dan bertamadun, nilai dan fikirkan lah apa yang disuarakan oleh kalangan rakan sebaya kamu ini sendiri. Usul yang dibawa oleh Saudara Ustaz Fathul Barl Bin Mat Jahya pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.
Bagi mereka yang ingin terus memertabatkan Islam dinegara Malaysia ini, jangan tersalah pilih platform perjuangan. Kalian bakal tersalah dalam memilih kepentingan politik individu tertentu yang disangkakan perjuangan agama dengan hanya kerana perkataan "Islam" yang tertulis pada pertubuhan itu telah mengaburi akal kita yang bijaksana.
UMNO telah memertabatkan Islam dari dulu, kini dan selamanya.... kerana agama, bangsa dan negara adalah asas perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). UMNO tidak pernah menuntut kredit daripada hasil yang di perjuangkan,. Apa yang diharapkan adalah sokongan bagi UMNO terus memertabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu/bumiputra dan Negara kita Malaysia yang kita cintai.
No comments:
Post a Comment