Friday, 16 December 2011

YB BANGI AKUI KEGAGALAN

ADUN Bangi YB Dr Shafie dari PAS  mengakui kegagalannya menguruskan kawasan yang di wakilinya sebagai wakil yang dipilih oleh lebih 17  ribu rakyat atau pengundi di DUN N26 Bangi. Bekas pensyarah UKM ini sememangnya pandai menabur janji pilihanraya tetapi gagal memikul amanahnya apabila memenangi PRU 12 yang lalu. Ini terbukti dalam kenyataannya pada 14 Muharam 1433H atau 10 Disember 2011 :- 

Masalah kebersihan, semak samun dan kotoran di Kawasan Jubli Perak, Seksyen 4 yang berkedudukan di tengah-tengah BBB dan di tepi jalan utama dari Bulatan Fasa 4 (Pesiaran Pekeliling) ke Bulatan Pesiaran Universiti telah pernah dibawa ke PKNS dan mesyuarat-mesyuarat MPKj. Tetapi apa yang dijawab oleh MPKj, bahawa kawasan itu di bawah PKNS yang belum diserahkan kepada MPKj dan apabila perkara ini dibawa ke PKNS, maka dijawabnya pula, kawasan itu di bawah MPKj dan bukan tugas PKNS. Akibatnya kawasan tersebut bertahun-tahun terbiar. Kelilingnya ditumbuhi hutan, kawasan dipenuhi lalang dan laman-laman dipenuhi kotoran. Setiap kali lalu melewati kawasan perumahan ini amat sakit mata memandang. Lebih dari itu keadaan bermasalah menjadi cemuhan dan cacian – Bangi Bandar Bersih ?, tetapi hakikat sebenarnya `Bangi Bandar Kotor !`, semak samun dan hutan.



Untuk maklumat bukan sahaja Bangi Bandar Kotor malah keseluruhan kawasan DUN bangi iaitu Sungai Ramal Luar, Bukit Mewah, Kajang Utama, Jalan Reko sehingga ke Bandar Bukit Mahkota adalah kawasan kotor, bersampah sarap, semak samun dan busuk. Malah kebanyakan lampu di jalan-jalan utama dan jalan susur tidak berfungsi. Ini adalah antara perkara yang mengalakkan masaalah sosial yang lain berlaku seperti samun, pecah rumah dan maksiat. 


Tidak hairanlah kita apabila hujan lebat sedikit, banjir kilat di Kg Sg Tangkas, Bangi lama dan Bandar Kajang. Ini semua adalah mangsa kegagalan wakil rakyat PR ini dan ahli majlisnya berfungsi membela kesejahteraan masyarakat. Inilah akibatnya apabila terlalu banyak berpolitik walaupun negeri Selangor telah lebih 3 tahun dikuasai.

No comments:

Post a Comment