Monday, 31 October 2011

PROGRAM PRIHATIN PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN SERDANG

30.10.2011 seawal pagi ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Serdang telah bersiap-siap di Pejabat UMNO Bahagian Serdang telah berkumpul dan bersedia untuk menziarah rumah-rumah wanita muda yang baru bersalin atau mendapat cahaya mata di sekitar Bandar Baru Bangi dan seluruh Parlimen Serdang.


Program diketuai oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Serdang-Datin Paduka Siti Nor Izawati  dan turut dihadiri oleh Dato Mohd Fathil Bin Daud, Ketua UMNO Bahagian Serdang dan Uts.Hairuddin Ahmad, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang membacakan doa memberkati semua peserta agar selamat dalam melaksanakan tugasan mendekati pengundi wanita muda.



Sementara Puteri menjayakan Program Puteri Prihatin-Ziarah Kasih Anakku, Ketua UMNO Bahagian Serdang bersama-sama pemimpin UMNO telah berkesempatan untuk melapangkan masa Bersarapan Pagi Bersama Rakyat (penduduk) di Jubli Perak, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim juga turut hadir.



Setelah bersarapan sambil mendengar rintihan dan permasalahan rakyat di Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, Ketua UMNO Bahagian Serdang mengambil peluang mengadakan lawatan dari kedai ke kedai di sekitar Seksyen 4 untuk melakukan tinjuan bersama peniaga dan penduduk setempat.

Dalam kesibukan melakukan lawatan di sekitar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Dato Mohd Fathil telah dihubungi oleh masyarakat India di West Country memaklumkan ada kematian disana. Dato Mohd Fathil dan Tn.Mej (B) Abdul Rahim segera melakukan kujungan hormat ke rumah Analetchumi.


Dari West Country Dato Mohd Fathil kemudiannya menziarahi ahli keluarga AJK UMNO Bahagian Serdang iaitu En. Khalid Nordin yang mak mertuanya telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.45 tengahari di Hospital Serdang. Kami mengucapkan Al-Fatihah moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. 

Friday, 28 October 2011

SEKOLAH CINA BAKAL DIBINA DI SG.LONG

Dato Liew Yuen Keong, Ketua MCA Bahagian Serdang merangkap Penyelaras Seri Kembangan menunjukkan plan bangunan Sekolah Cina yang bakal di bina kelak.
.

Setelah beberapa mesyuarat diadakan bagi membina sekolah cina di Sg. Long, akhirnya hari ini 28.10.2011 pemimpin MCA bersama para lembaga  sekolah telah melakukan kunjungan ditapak pembinaan sekolah tersebut dan mengumumkan sekolah cina tersebut akan mula dijalan kerja-kerja pembinaanya.

                                    
Perbincangan & Mesyuarat bersama dengan ahli lembaga pengarah SJK (C) Sg. Long

PEMIMPIN BN: TINJAUAN DITEMPAT KEBAKARAN

26.10.2011 Sejurus selepas menghadiri Program Lontaran Mesra - Bowling di The Mines, Dato Liew Yuen Keong bersama beberapa orang pemimpin BN melapangkan masa untuk melakukan tinjauan ditempat kebakaran di Kawasan 9 Seri Kembangan.

Beginilah keadaan selepas berlakunya kebakaran. Dato Leiw (Ketua MCA Bahagian Serdang), Penyelaras Seri Kembangan telah berbincang dan berusaha untuk membantu mangsa. Keprihatinan pemimpin BN mendapat pujian dan sokongan masyarakat cina yang juga mangsa kebakaran. Tahniah BN Sentiasa Bersama Rakyat..

Aktiviti Untuk Mengukuhkan Jentera PRU 13

Program Lontoran Mesra Ketua-Ketua UMNO Cawangan Dun Balakong & Seri Kembangan, 26.10.2011 di Pusat Bowling, The Mines.

Santai Futsal Bersama Belia di Aktif Futsal, Kawasan Perindustrian BBBangi pada 20.10.2011

Monday, 24 October 2011

APA BENAR KES RABA ANAK GUAN ENG DI SEKOLAH?

Hari ini, YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya mengesa agar Guang Eng mengambil tindakan undang undang ke atas Blogger jika benar dikatakan menfitnah beliau dan DAP. Kenyataan TPM menunjukkan keprihatinan beliau agar Ketua Menteri  Pulau Pinang itu membuat lapuran polis. Persoalannya apa pasal media perdana tidak menjadikannya berita sensasi tetapi lebih-lebihan pula oleh media pro-pembangkang. Maka pasti adalah sesuatu permainan oleh pihak pembangkang mencari publisiti murahan.














Jika kita perhatikan  media pro-pembangkang memainkan sendiri isu ini, seolah-olah memang berlaku salah laku oleh anak Guang Eng. Pemimpin-pemimpin utama DAP pulak hampir begitu defensif bagi pihak Guang Eng dan cuba mengalihkan isu salah laku kepada isu ekploitasi gambar gadis yang dipamirkan iaitu Anya Ann Corke yang berusia 21 tahun juara chess Hong Kong (Bukan Mangsa Sebenar, hanya gambar hiasan). 


Isu yang mereka cuba arahkan adalah seolah-olah Anya yang di fitnah oleh blogger pro-UMNO. Kalau ikut lapuran media alternatif itu, memang pun bukan Anya yang menjadi mangsa. Mangsa sebenar yang di maksudkan adalah pelajar berumur 16 tahun di Pulau Pinang. Keluarga pelajar ini telah diberikan duit tutup mulut berjumlah RM 200,000.00, satu jumlah yang besar bagi remaja 16 tahun. 


Media pro-pembangkang dan juga pemimpin DAP kini menunding kearah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah menyokong isu Anya difitnah. Kalau dah PR (Penipu Rakyat), cerita buruk keluarga sendiri pun nak di hebah dan dijadikan modal politik supaya buruknya kepada Pemimpin BN dan UMNO juga. Memang tidak sesuai gambar hiasan itu diletakkan dlm kes ini, kini ianya telah di ekploitasi oleh PR yang memang ketiadaan modal.


Bagaimana pun kita lihat samada Guan Eng atau Kit Siang panjangkan cerita ini dengan repot polis atau tidak. Kalau cerita kes raba ini betul terjadi, saya yakin Guan Eng atau Kit Siang tidak mahu dipanjangkan dgn lapuran polis untuk siasatan...Kita tunggu ... 



Saturday, 22 October 2011

MERAIKAN WARGA MAS SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI DI PDM BANGI

Kaum India bakal meraikan sambutan Perayaan Hari Deepavali pada tanggal 26 Oktober 2011 ini, maka warga mas di PDM Bangi ini adalah antara mereka yang diraikan. Jasa-jasa warga mas atau orang lama tidak seharusnya di lupakan, kerana mereka adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja ladang-ladang yang telah meneroka dan menyumbang dalam evolusi dan pembangunan di Bangi.


Barisan Nasional yang sememangnya prihatin terhadap kehidupan rakyat telah menyampaikan sumbangan  sempena perayaan ini bagi menghargai usaha semua warga mas itu sebelum ini. YBhg Dato Yap Phian Hon penyelaras Parlimen Serdang yang juga dari MCA, Mej(B) Abdul Rahim Mohd Amin Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Tuan Abu Bakar dari MIC serta ramai lagi pemimpin MIC dan komponen BN telah turut serta dalam majlis ringkas ini. Ramai juga individu serta syarikat juga telah bersama-sama menyampaikan sumbangan ikhlas mereka. Gandingan ini menunjukan bahawa pemilik-pemilik syarikat dan usahawan yakin kepada kepimpinan YAB Dato Sri Najib Tun Razak dalam agenda Transfomasi Nasional yang bakal mempertingkatkan daya saing ekonomi negara.

Pihak penganjur pula amat menghargai usaha YBhg Dato Yap Phian Hon, Mej(B) Abdul Rahim serta semua ahli komponen BN yang amat prihatin dalam gerak kerja mendekati rakyat. Mengenali cara Dato Yap dan Mej(B) Rahim sebelum ini, pemimpin masyarakat kaum India di PDM Bangi menyatakan keyakinan bahawa mereka pasti bahawa Barisan Nasional telah berubah dan mampu membawa perubahan kepada mereka selepas PRU 13 yang akan datang.

Oleh itu mereka menyatakan sokongan padu perlu di berikan kepada siapa saja calon BN oleh kaum India di Bangi kerana setelah lebih 3 tahun memerintah Selangor, PR  langsung tidak melakukan apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka yang lalu.  Janji kosong  PRU 12 oleh PR sememangnya tiada niat untuk di tunaikan oleh mereka samada dulu, kini atau selamnya ... kini mereka sekali lagi menjanjikan satu penipuan melalui buku jingga.

Tuesday, 18 October 2011

MEMPERSENDAKAN MARUAH NEGARA OLEH KITOL DAN DAJAL

Di era globalisasi dengan dunia tanpa sempadan ini, pewaris kita dilihat amat mudah dipengaruhi. Fakta yang di putarbelit menjadikan anak-anak muda dalam generasi Y begitu cepat mempercayai, keseronokkan menyalahkan sesuatu institusi menjadi umpama budaya. Mengalihkan kesalahan diri kepada orang lain telah menjadi amalan kurang sihat semenjak ianya diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin ini samada dari PKR, PAS atau DAP sentiasa memberikan prsepsi seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan peraturan. Mereka juga memberikan persepsi seolah-olah rakyat  ini begitu jahil tentang pengurusan dan pentadbiran jabatan atau kementerian di negara ini.

Cerita-cerita seperti mudahnya pendatang Myanmar atau Bangladesh mendapat kerakyatan begitu kuat dipermainkan. Kisah kononnya berbas-bas dari Johor diisikan oleh kuncu dari UMNO untuk merakyat Malaysia kan pendatang asing di Putrajaya. Mereka ini mengandaikan bahawa semua kakitangan kerajaan di institusi seperti Jabatan Imigrasen itu bersekongkol dengan UMNO atau BN seolah-olah kakitangan kerajaan ini tidak memikirkan keselamatan negara. Mereka lupa bahawa pada PRU yang lalu ramai kakitangan kerajaan memangkah selain Barisan Nasional hingga meyebelahi PR kerana ingin menyedarkan UMNO dan Barisan Nasional, mereka tidak mungkin akan berdiam diri jika benar BN melakukannya.

Kita tahu ramai kakitangan kerajaan ini lebih nasionalis dari sebahagian kita orang politik yang kuat melaungkan kata-kata seolah-olah memperjuangkan keselamatan negara dari ancaman luar. Penyokong PR juga lupa bahawa pemimpin utama mereka secara tidak langsung telah menjemput pemimpin pihak-pihak berkepentingan dari luar negara sana yang cemburu dengan kemakmuran negara untuk mula bertapak di bumi bertuah ini. Mereka telah memajakkan maruah negara untuk memperolehi sokongan dari luar. Maruah negara di jaja untuk pajakan asalkan mereka dapat apa yang dihajati.

Kelak, apa yang di tinggalkan hanya lah adat dan budaya yang kita sentiasa pertahankan. Lihat sahaja lah apa yang usaha mereka memertabatkan budaya negara. Upacara-upacara membudayakan kesenian Melayu anak bangsa hanya dapat di lihat dimajlis-majlis anjuran kerajaan atau UMNO sahaja. Begitu juga dengan kaum lain, hanya komponen BN yang mempertahanknnya.

Sedarlah wahai anak bangsa, jangan sesekali kita bersama dengan sikitol yang pastinya berkepentingan tanpa memikirkan masa depan negara tercinta ini. Kita yakinlah pada kakitangan kerajaan yang mengurus dan mentadbir dasar negara. Mereka yang melaksanakan amanah, meraka bukan calangan pegawai dan kakitangan yang boleh diperkotak-katikan. Dan pastinya mereka berpendirian, berhemah, bermoral tinggi dan bermaruah.


Hanya sikitol dan si dajal yang sentiasa berkerjasama dengan si iblis dan sisyaitan supaya kita hilang keyakinan dan kita hilang pendoman. Bangunkan lah jatidiri kita sebagai anak bangsa. Jangan mudah terpengaruh dengan persepsi yang bakal merosakkan negara supaya tidak jatuh kepada mereka yang tidak mampu mengawal diri.. apatah mengawal lagi marauh negara..   

Monday, 17 October 2011

TAMAN MURNI: BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN


Atas rasa simpati dan keprihatinan pemimpin BN telah turun melihat sendiri keadaan rumah mangsa pada petang tadi jam 2.30 petang (17.10.2011) dengan menyampai sumbangan kepada setiap pemilik rumah dan penyewa rumah yang terlibat.


Hadir menyampaikan sumbangan adalah Dato Mohd Fathil Daud-Penyelaras Bangi/Ketua UMNO Bahagian Serdang, Dato Liew Yuen Keong-Penyelaras Seri Kembangan/Ketua MCA Bahagian Serdang, Dato Hoh Hee Lee-Penyelaras Balakong/Tim.Ketua MCA Bahagian Serdang, Ketua MCA Caw.Megah/Pengerusi Biro Aduan MCA-En.Liew Sin Kim, Naib Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Hj.Abdul Kadir Selamat  dan beberapa orang pemimpin komponen BN lain.

Empat buah rumah teres musnah dalam kebakaran di Jalan 18, Taman Murni pagi semalam (16.10.2011). Kejadian dikatankan berlaku sekitar jam 6.45 pagi, namun pihak BOMBA hanya mendapat panggilan jam 7.05 pagi. Atas kecekapan pihak BOMBA kebakaran dapat dipadamkan selepas 25 minit dari terus merebah ke tingkat bawah. Kejadian dikatakan bermula dari rumah kedua dan kebakaran melibatkan tingkat atas rumah

Menurut pemilih rumah ini telah didiami lebih dari 26 tahun dan pemimpin BN akan berusaha membantu pemilik rumah untuk mempercepatkan proses tuntuan insuran dan mendapatkan bantuan lain bagi membaikpulih rumah tersebut.
Mangsa yang terlibat adalah :-
1. Rumah No.18, Chan Chee Ho & Lai Pay Chin
2. Rumah No.12, Leong Siew Chow
3. Rumah No.14, Arone Bin Daunih
4. Rumah No. 16, Mohamad Zamri Bin Wahab
5. Rumah No.12, Ng Taow Kwang

Saturday, 15 October 2011

WANITA BELAJAR MENJAHIT

Wanita UMNO Bahagian Serdang pada 14.10.2011 di Balairaya Taman Ramal Indah telah menganjurkan Program Jejari Bestari dimana wanita diberi tunjuk ajar teknik-teknik baru untuk menjahit sarung bantal dan bunga jahitan. Tenaga pengajar dari Jabatan Pembangunan Wanita hadir memberi tunjuk ajar kepada peserta yang hadir seramai 31 orang.
Melalui aktiviti ini peserta turut dimaklumkan mengeneai bantuan kewangan sekiranya peserta berminta untuk menceburi bidang perniagaan.

Sebelum bersurai peserta diberikan sijil kehadiran yang sampaikan oleh Pn.Hjh Maimunah-Ketua Wanita UMNO Bahagian Serdang.

Friday, 14 October 2011

KILANG PERABOT TERBAKAR

.
Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk  mengetahui apa berlaku dikawasan mereka. Hari ini 14.10.2011, Dato Liew Yuen Keong selaku Penyelaras Seri Kembangan/Ketua MCA Bahagian Serdang bersama beberapa oleh pemimpin MCA/BN Serdang melakukan tinjauan ke tapak kilang perabot yang terbakar di Taman Bukit Serdang 5, Seri Kembangan. Kejadian kebakaran ini telah memusnahkan keseluruhan bangunan kilang perabot namun kebakaran dapat dielakan dari merebak hasil usaha pihak BOMBA.

Thursday, 13 October 2011

WANITA: BENGKEL KRAF KREATIF

Wanita UMNO Bahagian Serdang mengadakan Bengkel Kraf Kreatif pada 7.10.2011 di Balairaya Taman Ramal Indah. Bengkel bertujuan untuk membantu golongan wanita menambah kemahiran diri untuk menaiktaraf status sosioekonomi wanita. Ketua Wanita UMNO Bahagian Serdang, Pn.Hjh Maimunah menyatakan melalui bengkel ini wanita dapat mempelajari teknik-teknik baru dan kemahiran yang diperolehi membolehkan wanita menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecil. Melalui bengkel ini wanita yang berkelayakan boleh diketengahkan dan dibantu untuk mendapatkan dana awal bagi memulakan perniagaan.

Untuk makluman: 14.10.2011 Wanita Bahagian Serdang juga akan mengadakan bengkel jahitan ditempat yang sama. Bagi wanita yang berminat bolehlah menyertai aktiviti yang akan dan bakal diadakan khusus untuk wanita.

Tuesday, 11 October 2011

MCA PERIHATIN: BANTUAN PERUBATAN

Pagi 11.10.2011, Dato Liew Yuen Keong-Ketua MCA Bahagian Serdang telah menyampaikan bantuan perubatan kepada penduduk di Pej.MCA Bahagian Serdang, Seri Kembangan. Hadir sama Senator Chew Lee Giok-Ketua Wanita MCA Bahagian/Setiausaha Agong MCA Pusat.

Siapa kata MCA tidak membela rakyat.... banyak lagi usaha-usaha MCA untuk membantu rakyat yang memerlukan khususnya untuk masyarakat cina. Tahniah MCA Bahagian Serdang.

Monday, 10 October 2011

MASYARAKAT INDIA TOLAK PR DI SELANGOR

Majlis Penyampaian Sumbangan Untuk Warga Emas, Miskin & Oku Sempena Hari Deepavali petang 10.10.2011 di SK (T) West Country meraiah dipenuhi oleh masyarakat India. Kehadiran yang luar biasa ramainya walaupun petang hari bekerja tidak mematangkan semangat masyarakat India untuk hadir bersama-sama pemimpin BN. Kehadiran yang ramai menunjukkan masyarakat India menolak pentadbiran PR di Selangor.

Penyelaras Dun Bangi/Ketua UMNO Bahagian Serdang-Dato Mohd Fathil Bin Daud menyampaikan sumbangan Bantuan Peniaga Kecil -Projek Gubahan Bunga sambil diperhatikan oleh YB Dato G.Palanivel-Presiden MIC Pusat
Penerima bantuan bergambar bersama kepemimpinan BN. 









TAMAN SRI LANGAT: ADUAN PENDUDUK TIDAK DIPEDULI

Sudah banyak kali aduan disalurkan oleh penduduk di Taman Sri Langat, Jln Reko, Kajang kepada pihak PBT/MPKj atau Ahli Majlis dan pihak berwajib yang diterajui oleh kerajaan PR di Negeri Selangor. Menjelang PRU13, penduduk sudah semakin muak dan kecewa dengan kecekapan dan keprihatian pemimpin PR . Penduduk kecewa ahli majlis bertanggungjawab tidak membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Penduduk juga kecewa dengan pihak pengurusan bangunan yang dikatakan mengenakan caj yang tinggi tetapi tidak menyelenggara kemudahan untuk manfaat penduduk.

Penduduk yang kecewa dengan kepimpinan PR yang tidak prihatin dengan aduan mereka telah memanggil pempin BN di Serdang.Hadir mendengar rintihan rakyat adalah Dato Liew Yuen Keong-Ketua MCA Bahagian Serdang, Tn.Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Tn.Rawisandran-Ketua MIC Bahagian Serdang, Naib Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Hj.Abdul Kadir Selamat dan pemimpin penduduk setempat.
Lihatlah longgakan sampah yang sentiasa mengganggu kehidupan penduduk setempat terbiar dan berbau busuk.
Penduduk kesal kerana taman permainan juga terbiar kotor dan peralatan permainan yang usang dan merbahaya keselamatan kanak-kanak.
Rumput terbiar tidak dipotong melebhi ketinggian manusia.Penduduk risau pembiakan binatang seperti ular.
Longgokan kayu-kayu dan sampah-sampah mengundang bahaya keselamatan penduduk. Inikah cara kerajaan PR berkhidmat untuk rakyat...???