Program Services Percuma Motorsikal 150 cc merupakan program untuk mendekati pengundi muda. Syabas kepada PEMUDA BAHAGIAN SERDANG dibawah pimpinan YM.Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal-Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang/Ketua Pemuda Negeri Selangor atas inisiatif untuk menjiwai rakyat.
YBhg. Dato Mohd Fathil Bin Daud-Ketua UMNO Bahagian Serdang merangkap Penyelaras Dun Bangi merasmikan program. Hadir sama adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim, Pengerusi MIC Serdang-Tn.Ravichandran dan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Serdang. Penceramah jemputan adalah Tn.Sarjan Zaharin dari IPK Trafik Kajang untuk memberikan panduan dan taklimat berkaitan keselamatan pengguna jalan raya.
No comments:
Post a Comment