Thursday, 29 March 2012

AL-FATIHAH...BERITA DUKA MELIBATKAN KEMALANGAN MAUT DUA ORANG PEMUDA UMNO HULU LANGAT

Kemalangan di Putrajaya telah mengorbankan Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat dan tiga lagi cedera termasuk seorang parah apabila kereta MPV jenis Toyota Estima yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebatang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

Mangsa yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin-Tim.Pengerusi Tetap dan Aifuddin Kandar-AJk Pemuda Bhgn yang merupakan penumpang kereta berkenaan akibat tercampak dari kenderaan.


Tiga lagi penumpang cedera parah dan mendapat rawatan di Hospital Putrajaya iaitu Penolong S/u Pemuda Bhgn Hulu Langat,-Sdr. Zarani Atan, Ketua UMNO Caw.Taming Impian-Sdr Atan & Ketua Pemuda Kantan Permai-Sdr. Razip  Rashid 


Jenazah allahyarham Saifuddin (39) masih di bilik mayat Hospital Serdang dan akan dikebumikan di Paroi, Seremban. Manakala jenazah allahyarham Khairul Isham (37) akan dikebumikan lewat malam ini juga di Kg. Sg.Sekamat, Kajang.


Kemalangan berlalu semasa mereka dalam perjalann pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian iaitu Al-Dita ke KLIA untuk menunaikan umrah.

Hadir membantu mangsa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz yang mendapat panggilan dari mangsa iaitu Ahmad Zarani Md Zam dan ahli UMNO Bhgn berhampiran serta orang ramai.
Al-Fatihah semoga Allah mengangkat allahyarham di kalangan orang-orang beriman

Gambar sebelum kemalangan berlaku.

Berita Lanjut boleh layari:
http://rakyattranung.blogspot.com/2012/03/gambar-2-ajk-pemuda-umno-bahagian-maut.html
http://brojinggo.blogspot.com/2012/03/al-fatihah-dua-ajk-pemuda-umno-hulu.html

Wednesday, 28 March 2012

ROADSHOW PERJUANGAN SELAMATKAN AQIDAH

Semua Muslimin & Muslimat di jemput hadir ke Siri Roadshow Perjuangan Selamatkan Aqidah bersama
penceramah HEBAT & UNGGUL iaitu :-

  1. YB DATO' DR.HASAN ALI
    - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor/
       Bekas Exco Agama Selangor

   2. YB. DATUK ZULKIFLI NOORDIN
       - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru

            Tarikh, Masa & Tempat seperti berikut :-

               Tarikh  :  30 Mac 2012, Jumaat
          Masa     :  9.00 Malam
          Tempat :  Pangsapuri Seri Mawar, Jln SP 4,
                           Bandar Seri Putra.
               Anjuran :  Sekretariat Mobilisasi Ummah (SMU) &
                           Persatuan Penduduk Seri Mawar

JOM RAKYAT SELANGOR KHUSUSNYA MASYARAKAT BANDAR BARU BANGI & KAWASAN SEKITAR
HADIR BERAMAI-RAMAI...
sama kita selamatkan Aqidah, Agama & Bangsa serta Negara tercinta Malaysia.

Friday, 23 March 2012

Tuesday, 20 March 2012

JOM BERSENAM PUTERI PDM SG.RAMAL LUAR

Tahniah buat Puteri PDM Sg.Ramal Luar yang diketuai oleh Sdr. Maria Ahmad dari Caw.Tmn Tamal Indah bersama AJK Pelaksana Program yang berani mengadakan aktiviti raidah untuk masyarakat setempat khususnya melibatkan golongan muda.

Amat membanggakan hadir juga beberapa orang remaja dari kaum India. Ini lah contoh negara pelbagai kaum, semangat perpaduan antara kaum dan kejayaaan konsep 1Malaysia yang PM-D.S Najib tekanan selamanya ini.


Hadir merasmikan program adalah Dato Mohd Fathil B Daud-Ketua UMNO Bhgn Serdang/Penyelaras Dun Bangi, Hj. Abdul Kadir Selamat-Naib Ketua UMNO Bhgn Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal-Ketua Pemuda Selangor/Serdang, Dato Amir Kamaruddin-Ketua PDM Sg.Ramal Luar & Dato Mohd Zaidi-Ketua UMNO Caw.Tmn Ramal Indah.
Membanggakan juga semangat masyarakat sekitar dari Taman Ramal Indah, Taman Sri Ramal, Sg. Ramal Baru, Sg.Ramal Luar  & Sg. Ramal Dalam sanggup melapangkan masa cuti hujung minggu dan terpaksa bangun awal untuk bersama-sama bersenam robik dan mengikuti aktiviti yang diadakan.

Keseronokan bersenamrobik telah mendorong para peserta berharap aktiviti senamrobik ini dapat diadakan setiap minggu atau sebulan sekali bagi menyihatkan badan dan menjalinkan hubungan silaturahim antara penduduk.




Bersukanlah untuk kesihatan diri, otak yang cergas minda yang proaktif.. 

Friday, 16 March 2012

Anwar Kantoi, Tak Terjawab Bab Israel



Bukti jelas ANwar mengelabah menjawab isu Sokong Israel... Camner ni... TAhniah Ketua Pemuda Malaysia berjaya membelasah Ketua Pembangkang...

Monday, 12 March 2012

Seharizat lebih cun dari Wan Azizah betul ke?

N Surendran Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak jawatan Menteri tapi tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO sekali.

Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.

Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena berkokok macam orang yang kelabu mata.

Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil 'buat muka tak malu'. Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau dihukum oleh mana-mana mahkamah.

Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail  ialah suaminya.

Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus pegang jawatan Presiden PKR.

Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.

Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar, maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga patut letak jawatan selagi nama Anwar tidak dibersihkan.

Shahrizat dah umum letak jawatan, tapi bila Pulak giliran Wan Azizah???

Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.

Thursday, 8 March 2012

Tuesday, 6 March 2012

BRIM FASA 4, DEWAN PENUH SESAK

4 Mac 2012 (Ahad) sekali lagi Penyelaras Dun Bangi - Dato Mohd Fathil Bin Daud telah berjaya menyampaikan BRIM Fasa ke-4 kepada penerima yang berjaya bagi Dun Bangi.

Walaupun surat menjemput penerima BRIM jam 9 pagi dan telah dipanggil untuk hadir mengikut setiap sesi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atau penyelaras Dun Bangi, masih ramai juga yang hadir awal dan tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan kesesakan yang amat sangat dalan Dewan Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Jalan 2.

Bagi memastikan keselesaan penerima BRIM pihak penyelaras Dun Bangi yang dibawah Dato Mohd Fathil Bin Daud yang juga Ketua UMNO Bahagian Serdang berusaha sebaik yang mungkin. Untuk itu penerima juga disediakan sedikit makanan ringan dan bagi warga emas/OKU/Ibu-Ibu Mengandung, keutamaan tetap diberikan kepada mereka.


Pihak Penyelaras Dun Bangi dan BN Serdang memohon maaf jika ada kekurangan kelemahan dalam mengendalikan majlis Penyampaian BRIM untuk Dun Bangi. Bagi sepanjang tempoh Fasa 1, 2,3, & 4 penerima BRIM Dun Bangi yang berjaya adalah seramai 8,523 orang.
Fasa 1 = 1289,   Fasa 2 = 925, Fasa 3 = 3323, Fasa 4 = 2986

Bagi Penerima BRIM Fasa 5 (725 orang)
Majlis akan diadakan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:-
     Sabtu 10 Mac 2012, jam 9 pagi di Dewan SMK BBBangi.

** Bagi Penerima BRIM Fasa 1,2,3,4 yang belum mengambil Bouchar juga dialu-alukan untuk hadir mengambil Bauchar tersebut dengan Pegawai ICU

Friday, 2 March 2012

4 MAC 2012 Majlis Penyampaian BR1M Dun Bangi

Majlis Penyampaian BR1M Fasa 4 bagi Dun Bangi akan diadakan pada tarikh & tempat berikut :-

Tarikh: 4 April 2012 (Ahad)
Tempat : Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Jalan 2 ( berhampiran pasaar BBBANGI )

Penerima yang berjaya telah diedarkan surat makluman untuk hadir melalui surat dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan hadir ke:-
Pejabat Penyelaras Dun Bangi (Pejabat UMNO Bahagian Serdang),
No.29A, Jalan 4/12, Seksyen 4 Tambahan, 43650 BBB, Selangor atau

Pertanyaan boleh berhubung dengan:-
Telefon: 03-8926 9206/8926 1489 Fax; 03-8921 1520Pembantu kepada Penyelaras Dun Bangi En.Abd Halim B Musa
Tn.Hj.Baharin B Aminuddin-Setiausaha UMNO Bahagian Serdang


Syukur dan terima kasih kepada keprihatinan dan kepimpinan YAB. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

HADIAH DARI PM: PEMANSUHAN TOL CHERAS-KAJANG

Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi hadiah istimewa buat penduduk di sekitar Daerah Hulu Langat meliputi Kajang/Balakong/Sg.Long dengan pemansuhan tol & majlis pecah tanah sekolah jenis cina.

Pemansuhan RM1.00 dari Kajang ke KL di Plaza Tol Batu 9 dan RM0.90 di Plaza Tol Batu 11 dari KL ke Kajang RM0.90 berkuatkuasa tengah malam tadi. Keputusan kerajaan ini akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50% atau pengurangan bayaran tol daripa Rm3.80 kepada Rm1.90 untuk laluan dua hala.

Berita gembira untuk penduduk sekitar Sg.Long, Balakong & H.Langat dalam majlis ini juga PM menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah cina. Sekolah baru ini akan dibina ditanah seluas 2.4 hektar bakal mempunyai 36 bilik darjah dengan kapasiti pelajar 1500 pelajar.

TERIMA KASIH BANYAK2 YAB PM, TELAH MENGUMUMKAN PENUTUPAN TOL GRAND SAGA BT 9 & BATU 11 CHERAS... BERTERIMA KASIH.!!!