N Surendran Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak jawatan Menteri tapi tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO sekali.
Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.
Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena berkokok macam orang yang kelabu mata.
Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil 'buat muka tak malu'. Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau dihukum oleh mana-mana mahkamah.
Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail ialah suaminya.
Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus pegang jawatan Presiden PKR.
Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.
Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar, maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga patut letak jawatan selagi nama Anwar tidak dibersihkan.
Shahrizat dah umum letak jawatan, tapi bila Pulak giliran Wan Azizah???
Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.
No comments:
Post a Comment