Once a Gunner Always a Gunner istilah yang sering di gunakan oleh anggota meriam "Queen Of The Battle field", yang menjadikan kami begitu bangga sebagai anggota tentera yang menyumbang bakti semasa era gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) hingga keakhir tahun 1989. Kami juga dipersiapkan dengan pelbagai latihan fizikal dan mental bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman luar yang boleh mengugat kestabilan negara.
Nyawa yang kami cagarkan di perbatasan itu kerana keyakinan kita bahawa maruah Malaysia ini perlu dipertahankan. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka yang cemburu dengan kejayaan negara ini kerana dapat membangun serta hidup dalam harmoni dengan rakyat yang bersatupadu dan hidup dalam muhibbah. Sikap 'Penerimaan' yang ada pada setiap kaum dan sifat tolerensi yang memperkukuhkan perpaduan di negara ini.
Musuh negara yang cemburu dengan suasana ini ,sebelum itu yakin negara ini akan punah apabila ancaman subversif dilakukan oleh PKM secara berterusan. Malaysia yang di terajui oleh Barisan Nasional dengan UMNO sebagai terasnya dipimpin oleh Melayu yang mereka difikirkan mundur disegi ilmunya, tidak mampu bertahan lama. Apatah lagi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan sifat orang Melayu yang kebanyakannya panas baran dan kaum Cina yang begitu 'Selfish' boleh mencetuskan ketegangan kaum pada bila-bila masa.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT yang Esa kerana lindunganNya telah membawa keamanan, keharmonian serta kejayaan yang berterusan dalam menghadapi apajua era berikutnya sehingga kini. Negara kita Malaysia dilimpahi rahmat Allah SWT kerana majoriti rakyat kita bersyukur kepadaNya. Kita bersyukur kerana dapat memberi tekanan kepada gerakan gerila PKM sehingga mereka meletakkan senjata pada 2 Disember 1989. Kita bersyukur kerana kita diberikan keamanan bagi kita terus mencari rezeki yang halal. Kita bersyukur kerana mampu mencari ilmu dalam kesejahteraan yang dinikmati. Kita bersyukur kerana kita di pimpin oleh mereka yang Allah SWT berkati dan lindungi dibantu oleh para alim ulamak, para cendiakiawan, para intelektual dan semua rakyat Malaysia yang mensyukuri nikmat ini. Kita bersyukur kerana kesetiaan pemimpin kita, kesetiaan rakyat negara kita kepada Raja dan Malaysia yang kita sayangi.
Inilah pegangan anak-anak meriam bahawa sifat kesetiaan atau loyalty atau taat setia pada ketua dan organisasi menjadikan kami bangga sebagai anak meriam walaupun telah meninggalkan perkhidmatan ini. Berat sama kami pikul, ringan sama kami jinjing, "as spirit de corps" yang dibentuk dalam perkhidmatan menjadikan pride kami begitu tinggi. SELAMAT HARI ULANG TAHUN GERUP ARTILERI PERTAHAN UDARA "Once a Gunner Always A Gunner".
No comments:
Post a Comment