Sabtu 12.11.2011 sejak pagi lagi kebiasaanya persekitaran Pasar Basah di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dipenuhi oleh warga penduduk sekitar untuk membeli keperluan untuk memasak seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuaran segera semuanya terdapat disini. Disamping membeli keperluan untuk memasak, orang ramai juga akan bersarapan pagi di gerai-gerai berhampiran perkarangan pasar tersebut.
Pagi ini, penduduk yang hadir berpeluang untuk bersama kepimpinan UMNO Bahagian Serdang untuk bersarapan pagi secara santai dan spontan. Penduduk yang hadir bersyukur dan tidak menjangka sarapan mereka pagi ini telah disponsor oleh UMNO Bahagian Serdang, bak kata perpatah " rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".
Disamping bersarapan pagi, penduduk yang hadir turut mengambil peluang bertanya dan menyalurkan permasalah mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Serdang iaitu Dato Mohd Fathil Bin Daud, Timbalan Ketua UMNO Bahagian-Mej.(B) Abdul Rahim, Naib Ketua UMNO Bhgn Serdang-Hj.Abdul Kadir Selamat, Ketua Pemuda UMNO Bhgn Serdang/Negeri Selangor-Ungku Salleh Ungku Jamal, Ketua Wanita Bhgn-Hjh.Maimunah dan ramai lagi kepimpinan UMNO Bahagian Serdang.
Sarapan pagi ini berakhir sekitar jam 10.30 pagi dimana Ketua UMNO Bhgn Serdang bersama Exco UMNO Bhgn Serdang mengambil kesempatan berjumpa & bersalaman dengan orang ramai dikawasan berhampiran dan terus berangkat menzirahi Ketua Kg.Sg.Ramal Dalam-Tok Ali.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Bhgn Serdang/Ketua Pemuda Negeri Selangor-Ungku Salleh bersama-sama AJK Pemuda Bhgn Serdang meninjau persekitaran Pasar Basah Seksyen 1 disamping bertanya khabar dan mengumpul permasalahan peniaga di dalam pasar tersebut.
No comments:
Post a Comment