YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Hj.Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari 21.11.2011 telah hadir merasmikan dan menyampaikan Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2011 & Pelancaran Portal MyIdeas@Rural di SMK Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.
Program ini menunjukkan kerajaan BN amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan status sosioekonomi masyarakat desa dan melalui majlis ini TPM turut menyatakan Bajet 2012 yang melibatkan pembangunan masyarakat luar bandar dan inovasi.
Majlis ini amat meriah dan dibanjiri oleh pelbagai masyarakat dengan kehadiran lebih dari 8,000 orang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah, Labuan & Sarawak.
Majlis turut di hadiri oleh YB Dato' Seri Hj.Mohd Shafie Hj.Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antara pemimpin BN kawasan Serdang yang turut hadir adalah::-
1. Penyelaras Parlimen Serdang - Dato Yap Pian Hon
2. Penyelaras Dun Bangi/Ketua UMNO Bahagian Serdang - Dato Mohd Fathil Daud
3. Penyelaras Dun Balakong - Dato Hoh Hee Lee
3. Ketua MIC Bhgn Serdang - Tn.N.Rawisandran
4.Naib Ketua UMNO Bhgn Serdang - Tn.Mej(B) Abdul Rahim Mohd Amin
5. Naib Ketua UMNO Bhgn Serdang - Tn.Hj.Abdul Kadir Selamat
6. Ketua Pemuda Negeri Selangor/Bhgn Serdang - Sdr.Ungku Salleh Ungku Jamal
Anugerah Ilham Desa merupakan program KKLW untuk menggalakkan warga desa melahirkan detusan idea dalam menghasilkan projek sosio-ekonomi dengan menggunakan semaksima sumber yang ada.
No comments:
Post a Comment