Saturday 25 February 2012

Lagi pemimpin PKR ditangkap khalawat.??

Dilaporkan bahawa pemimpin PKR Badrul Amin Bahrum telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang tadi di Swiss Garden Pahang.

Badrul Amin PKR ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Sunday 19 February 2012

Hilngnya seorang pemimpin BN

Salam takziah & Al-Fatihh buat semua Ahli keluarga allahyarham Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz bekas Ahli Parlimen Hulu Langat (1995-2004) yang telah kembali ke rahmahtullah pada petang jumaat 17.2.012 di Hospital Serdang akib at sakit jantung. Jenazah telah pun selamat dikembumikan pagi sabtu 18.2.2012. Namun semua tahu allahyarham amat berjasa dalam usaha untuk mendapatkan tanah perkuburan baru di Sg.Tangkas untuk penduduk BBBangi. Al-fatihah

BRIM FASA 2 & 3 DI SMK B.B.BANGI

Hari ini 18.2.2012 (Sabtu) seawal jam 7.00 pagi dah ramai penerima BRIM hadir di depan pintu Dewan SMK BBB sedangkan majlis hanya akan bermula jam 9.00 pagi, petugas pun belum sempat bersarapan pagi, namun demi memastikan penerima/rakyat gembira dan sentiasa diutamakan petugas terpaksa sarapan ala kadar. 

Waaaah begitu ramai yang bertuah dapat RM500 di DUN Bangi...  Untuk hari ini sahaja 2200 orang telah menerima RM500 & esok pun sama seramai 2,200 orang, Jadi dengan keadaan yang ramai pelbagai karenah terpaksa petugas hadapi dan tugasan ini perlukan kesabaran dan ketenangan agar semua rakyat dapat dilayan sebaik yang mungkin. Sebarang kekurangan memang tidak dapat dielakkan, namun semua berusaha melaksanakan tugas sebaik yang mungkin.
Baucer RM500 ini disampaikan oleh Dato Mohd Fathil Daud-Penyelaras Dun Bangi/Ketua UMNO Bahagian Serdang dan dibantu juga oleh Timb.Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim, Ketua MIC Bhgn Serdang-Rawisandran dan Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (ICU).

Bagi memudahkan golongan warga emas/OKU/sakit,  petugas BRIM berusaha untuk memastikan penerima BRIM diutamakan bagi memberi keselesaan kepada golongan tersebut. Kerjasama yang baik antara wakil bank juga penting untuk memastikan orang tua yang sakit boleh dibantu, cuba tengok tu.. dalam hujan-hujan Abd.Halim-Peg.Khas Penyelas Dun Bangi/SUK UMNO Bhgn Serdang bersama-sama wakil CIMB Bank berjumpa sendiri dengan seorang penerima yang tidak sihat untuk mendapatkan bantuan RM500. Tahniah.

Tahniah kepada pemohon BRIM yang berjaya & tahniah juga kepada petugas dari Pej.Penyelaras Dun Bangi & Ahli-ahli parti komponen BN Serdang, wakil CIMB Bank Caw. Sek.8 BBB, RELA, POLIS & Sekolah Bandar Baru Bangi.

Friday 17 February 2012

BN SERDANG & PERPADUAN NASIONAL

Suasana sambutan Tahun Baru Cina masih diraih oleh kepimpinan BN melalui Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dun Bangi di Impiral Hotel, Jalan Semenyih malam 16.2.2012.

Semua kaum hadir penuh harmoni dan meriah disamping ingatan kepada semua ahli komponen untuk sentiasa bersiapsedia untuk berkhidmat dan mendekati pengundi menjelang PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa.




Persefahaman, perpaduan & sikap tolarensi perlu dikekalkan bagi semua penduduk di Malaysia yang berbilang kaum. Sebagai menghormati acara semua pemimpin yang hadir iaitu Dato Mohd Fathil Daud-Ketua UMNO Bahagian Serdang, Timb.Ketua UMNO Bhgn Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim, Dato Liew Yuen Keong-Ketua MCA Bhgn Serdang/Penyelaras Dun Seri Kembangan, Dato Hoh Hee Lee-TI,.Ketua MCA Bhgn Serdang/Penyelaras Dun Balakong, Ketua MCA Bhgn Serdang-YB Senator Chew Lee Giok, Dato Yap Pian Hon_Penyelaras Parlimen Serdang & pemimpin MIC bersama-sama berjanji untuk kerjasama & bersatu dalam parti komponen BN untuk menghadapi PRU13 memastikan kemenangan BN nanti.


BN kekal kukuh & bersedia untuk berkhidmat demi rakyat Selangor khususnya, PR gagal menunaikan janji-janji Manifesto PR pada PRU12, 2008. Insaflah rakyat Selangor, PR hanya pandai berjanji & bijak "Mekap" sahaja..

BR1M Fasa 2 & 3 Bagi Dun Bangi, 18 & 19.2.2012

Tahniah kepada penerima BR1M Fasa 2 & 3, majlis penyerahan Baucar Akan diadakan mengikut jadual yang telah disusun & penerima Surat jemputan harus hadir seperti dalam Surat tersebut iaitu: 18.2.2012 sabtu bagi penerima BR1M Fasa 1 (pagi), sesi petang untu penerima BR1M Fasa 3 (Nama huruf A) 19.2.2012 bagi penerima BR1M Fasa 3 ( Nama huruf M -Z) sila baca dengn teliti surat jemputan, tuan/puan bagi kelancaran majlis tersebut. Tempat di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi (Jalan 2)