Thursday 29 March 2012

AL-FATIHAH...BERITA DUKA MELIBATKAN KEMALANGAN MAUT DUA ORANG PEMUDA UMNO HULU LANGAT

Kemalangan di Putrajaya telah mengorbankan Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat dan tiga lagi cedera termasuk seorang parah apabila kereta MPV jenis Toyota Estima yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebatang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

Mangsa yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin-Tim.Pengerusi Tetap dan Aifuddin Kandar-AJk Pemuda Bhgn yang merupakan penumpang kereta berkenaan akibat tercampak dari kenderaan.


Tiga lagi penumpang cedera parah dan mendapat rawatan di Hospital Putrajaya iaitu Penolong S/u Pemuda Bhgn Hulu Langat,-Sdr. Zarani Atan, Ketua UMNO Caw.Taming Impian-Sdr Atan & Ketua Pemuda Kantan Permai-Sdr. Razip  Rashid 


Jenazah allahyarham Saifuddin (39) masih di bilik mayat Hospital Serdang dan akan dikebumikan di Paroi, Seremban. Manakala jenazah allahyarham Khairul Isham (37) akan dikebumikan lewat malam ini juga di Kg. Sg.Sekamat, Kajang.


Kemalangan berlalu semasa mereka dalam perjalann pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian iaitu Al-Dita ke KLIA untuk menunaikan umrah.

Hadir membantu mangsa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz yang mendapat panggilan dari mangsa iaitu Ahmad Zarani Md Zam dan ahli UMNO Bhgn berhampiran serta orang ramai.
Al-Fatihah semoga Allah mengangkat allahyarham di kalangan orang-orang beriman

Gambar sebelum kemalangan berlaku.

Berita Lanjut boleh layari:
http://rakyattranung.blogspot.com/2012/03/gambar-2-ajk-pemuda-umno-bahagian-maut.html
http://brojinggo.blogspot.com/2012/03/al-fatihah-dua-ajk-pemuda-umno-hulu.html

No comments:

Post a Comment