Tuesday 20 March 2012

JOM BERSENAM PUTERI PDM SG.RAMAL LUAR

Tahniah buat Puteri PDM Sg.Ramal Luar yang diketuai oleh Sdr. Maria Ahmad dari Caw.Tmn Tamal Indah bersama AJK Pelaksana Program yang berani mengadakan aktiviti raidah untuk masyarakat setempat khususnya melibatkan golongan muda.

Amat membanggakan hadir juga beberapa orang remaja dari kaum India. Ini lah contoh negara pelbagai kaum, semangat perpaduan antara kaum dan kejayaaan konsep 1Malaysia yang PM-D.S Najib tekanan selamanya ini.


Hadir merasmikan program adalah Dato Mohd Fathil B Daud-Ketua UMNO Bhgn Serdang/Penyelaras Dun Bangi, Hj. Abdul Kadir Selamat-Naib Ketua UMNO Bhgn Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal-Ketua Pemuda Selangor/Serdang, Dato Amir Kamaruddin-Ketua PDM Sg.Ramal Luar & Dato Mohd Zaidi-Ketua UMNO Caw.Tmn Ramal Indah.
Membanggakan juga semangat masyarakat sekitar dari Taman Ramal Indah, Taman Sri Ramal, Sg. Ramal Baru, Sg.Ramal Luar  & Sg. Ramal Dalam sanggup melapangkan masa cuti hujung minggu dan terpaksa bangun awal untuk bersama-sama bersenam robik dan mengikuti aktiviti yang diadakan.

Keseronokan bersenamrobik telah mendorong para peserta berharap aktiviti senamrobik ini dapat diadakan setiap minggu atau sebulan sekali bagi menyihatkan badan dan menjalinkan hubungan silaturahim antara penduduk.




Bersukanlah untuk kesihatan diri, otak yang cergas minda yang proaktif.. 

No comments:

Post a Comment