Thursday 3 November 2011

USUL POTONG GAJI PM OLEH TIAN CHUA

Hari ini wakil rakyat Batu Tian Chua  atau Hantu Gigi PKR mengusulkan potongan gaji YAB Perdana Menteri  kerana kononnya gagal menguruskan wang negara. Hantu gigi ini menyatakan pemotongan gaji itu kononnya sebagai simbolik kerana indikator yang hantu gigi ini perolehi entah dari mana menunjukkan kelembapan pentadbiran YAB PM. Usul hantu gigi ini mendapat sokongan Jeff Ooi , jerangkung Jelutung dari DAP. 
Hantu gigi ini yang sememangnya cemburu dengan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam mentadbirkan negara. Hantu ini sentiasa berusaha untuk memalukan PM termasuk cara menggunakan kebebasan bersuara di Parlimen untuk menbuat fitnah dan pembohongan. Hanya mereka yang tidak berilmu dan terlalu jumuk sahaja yang akan mengiakan usul hantu ni. Hantu gigi ini sentiasa dipuja oleh pemimpin dan hardcore PKR sebab itu hantu gigi sering mengilai tak kira tempat.
Kita yang waras ini dapat melihat, merasa dan menikmati kestabilan ekonomi negara ini kerana inflasinya yang amat terkawal. Cuma kita yang tinggal di negeri dibawah pentadbiran PR ini sahaja yang rasa tertipu, khususnya di negeri Selangor. Bandar Baru Bangi sebagai contoh, kini tidak jauh seperti tinggal di Medan, Indonesia. Keadaan semak samun dikeseluruhan kawasan BB Bangi, malam yang gelap di kebanyakan jalanraya, jkotor dan bau busuk disesetengah tempat khususnya di seksyen 7 dan Jalan Reko, tidak langsung menampakkan bandar untuk para intelektual dan ahli koperat.
Hantu gigi Tian Chua tak nampak semua itu, tidak nampak kelemahan dan keburukan yang dilakukan oleh ketua dan sekutunya dalam PR mentadbir dalam negeri Selangor. Mereka telah mengikis hasil dan simpanan kerajaan dengan pelbagai alasan untuk merosakan dan menghancurkan kestabilan negeri Selangor. Telah menjadi kelaziman apabila nak memunahkan pengurusan ekonomi negeri Selangor, mereka keroyok beramai-ramai mengajak sekali penasihat ekonomi kononnya dalam sama-sama menghabiskan apa yang telah dibina sebelum ini. Yayasan Selangor.....PKNS.......Talam.....Worldwide..pelbagai lagi habis dikeroyoknya oleh hantu-hantu PKR dan PR termasuk hantu gigi. Dato Hassan Ali cuba juga nak pulihkan tapi hantu-hantu ini lebih ramai, ilmu yang beliau ada tak cukup kuat...malah ada hantu yang pakai kupiah dan berserban yang direkrut dari PAS.
Tian Chua kena tengok diri dulu sebelum nak usulkan bagi menyalahkan orang lain khususnya YAB PM, terlalu jauh dibandingkan KPI  YAB PM dengan pemimpin PKR dan PR. Kepimpinan PR dan PKR ini dah terlalu asik berpolitik hingga berbelanja  peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan pun dibelanjakan kepada perbelanjaan berpolitik, poster kempen, billboard politik, belanja jentera kempen, rasuah bakal pengundi walaupun PRU 13 masih belum diumumkan. Periksa sahaja berapa elaun dan keistimewaan yang di perolehi oleh ahli-ahli majlis perbandaran, berganda jika dibandingkan dengan pemerintahn BN, salah guna kuasa dan rasuah tetap berlaku... pusat maksiat makin bertambah termasuk di Bandar Baru Bangi, lihat sahajalah di Reko Sentral, B B Bangi yang wakil rakyatnya dari PAS bekas pensyarah Fakulti Islam..yang kononnya memperjuangkan Islam.
Di Selangor khususnya Bandar Baru Bangi jelas tiada usaha untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk. Nilai rumah terus meningkat kerana tiada galakan rumah kos rendah oleh kerajaan negeri bagi menstabilkan nilai. Cukai pintu dan cukai tanah yang meningkat kerana niat untuk menambahkan hasil malah Rm 1000.00 dipunggut bagi mereka yang ingin memohon tanah kerajaan tanpa jaminan akan berjaya. Di Council Home kawasan apartment Cempaka seksyen 6 yang di khususkan untuk keluarga miskin semasa BN memerintah kini sewa telah dinaikkan dari RM 125.00 kepada RM 250.00. Perkara ini semualah yang membuatkan inflasi meningkat kerana kegagalan kerajaan PR negari Selangor bersama-sama mengawal dan membantu kerajaan pusat mengstabilkan ekonomi negara.
Jika keadaan ini berterusan, hantu gigi dan hantu-hantu lain dalam PR masih lagi terus diberikan mandat mengurus negeri Selangor. Percayalah inflasi dan kos kehidupan kita di Selangor akan terus meningkat kerana mereka akan terus berpolitik dengan mengikis hasil negeri. Kita akan terus menerus di hantui adengan politik penipuan dan pembohongan   PR untuk berkuasa.......
  

No comments:

Post a Comment