Tuesday 15 November 2011

DIALOG KHAS BERSAMA PEMIMPIN NGO INDIA


Majlis Dialog Khas Menteri Kesihatan Malaysia Bersama Pemimpin NGO India Serdang diadakan pada malam 14.11.2011 di Restoran Hee Lai Ton, Seri Kembangan. YB Dato Sri Liow Tiong Lai bertanggungjawab untuk mendengar sendiri isu dan permasalahan masyarakat India di Parlimen Serdang. Beliau merupakan "Bapa Angkat bagi Parlimen Serdang".

Beginilah keadaannya, semua NGO's yang hadir berpusu-pusu ingin mengambil peluang untuk menyampaikan permasalah mereka secara peribadi kepada YB Menteri.

Antara pemimpin BN yang turut mendengar rintihan dan keperluan masyarakat India malam tersebut adalah Dato Liew Yuen Keong-Pengerusi BN/Ketua MCA Bhgn Serdang
Dato Hoh Hee Lee-Timbalan Ketua MCA Bhgn Serdang
Dato Dr. Lai - Naib Ketua MCA Bhgn Serdang
YB. Senator Chiew Lee Giok-SU Wanita MCA Pusat/Ketua Wanita MCA Bhgn Serdang
Tn.N.Rawisandran - Ketua MIC Bhgn Serdang
En.Mutuvellu - Timbalan Ketua MIC Bhgn Serdang
Tn.Mej (B) Abdul Rahim - Timbalan Ketua UMNO Bhgn Serdang
Hj.Abdul Kadir - Naib Ketua UMNO Bhgn Serdang


Banyak maklumat dan isu berkaitan dengan permasalahan dan keperluan masyarakat India di Parlimen Serdang telah dikemukan oleh wakil pemimpin masyarakat India. Diharap melalui program ini masyarakat India akan berubah dan memberi kepercayaan kepada pemimpin BN untuk membela nasib masyarakat India.

No comments:

Post a Comment