Tuesday 1 November 2011

MAJLIS SUKAN TAHUNAN TADIKA KEMAS BUKIT MEWAH

Tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan Tadika-tadika KEMAS yang sentiasa berusaha memperbaiki mutu dan keceriaan semua tadika di bawah naungan Parlimen Serdang. Pada hari ini 31 Okt 2011 Tadika Bukit Mewah dengan kerjasama Tadika Kemas Kg Jambu telah mengadakan sukan  tahunan mereka bagi tahun 2011.
Sambutan yang di terima daripada ibubapa dan penjaga amat mengalakkan walaupun hari ini adalah hari bekerja. Mereka sesungguhnya begitu prihatin terhadap pembangunan insan khususnya dalam membesarkan anak-anak mereka.

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah SWT kerana kerajaan Barisan Nasisonal dibawah kepimpinana YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak begitu mengambil berat berkaitan dengan pembangunan insan. Dalam budget 2012 kerajaan BN telah memperuntukan jumlah yang besar dalam soal pendidikan. Pelaburan dalam pendidikan untuk pembangunan insan di negara ini sentiasa di beri keutamaan. Pelaburan ini tidak mengenal fahaman politik atau kecenderungan penjaga pelajar maupun pelajar itu sendiri.

Dari bayi lagi kerajaan BN telah menjaga warga Malaysia ini sehinggalah dewasa agar menjadi insan yang dapat menyumbang kepada negara kita yang tercinta ini. Yang bagus dalam akademik di salurkan oleh kerajaan BN hingga ke menara gading, yang lemah akedemik diperkasakan dalam pratikalnya dipusat-pusat teknikal malah yang kurang upaya (OKU) diperkasakan dengan ilmu agar boleh berdikari. Begitulah kasihnya kerajaan BN pada rakyatnya tanpa mengenal warna kulit atau fahaman agama.

No comments:

Post a Comment