Tuesday 1 November 2011

PEMBINAAN SURAU AL FAIZIN, TAMAN TUN PERAK

Cadangan pembangunan Surau Al-Faizin yang terletak di Taman Tun Perak dalam DUN Balakong di bawah Parlimen Serdang amat memerlukan pembelaan. Kini telah masuk AJK pembangunan yang ke3 yang mengambil alih pengurusan pembinaan surau ini.  Sebelum ini isu pembangunan surau Al Faizin ini sering di politikkan. Pembangunan surau ini telah tergendala kerana kurangnya pengetahuan menguruskan pembinaan secara sukarela.
Alhamdullillah pelbagai usaha kini di lakukan bagi mengumpul dana bagi merealisasikan pembinaan surau ini, Ketua  UMNO Cawangan Taman Tun Perak, Saudara  mohd Azziddin B Miserah telah dengan gigihnya bersama barisan AJK yang baru berusaha untuk menyiapkan surau ini. Dengan kerjasama Ust Ridzuan buku Wakaf telah di cetak bagi sumbangan kutipan dana.
UMNO Bahagian telah menyumbang peruntukan sebanyak Rm 5000.00 dan Penyeklaras Parlimen Serdang Dato Yap Phian Hon telah menyalurkan sumbangan sebanyak Rm 5000.00 dan akan disusuli dengan tambahan sebanyak Rm5000.00 lagi. UMNO Serdang juga akan bersama-sama dengan pihak AJK pembinaan untuk mendapatkan dana dari pihak individu, koperat serta kerajaan persekutuan untuk menyiapkan Surau impian penduduk taman Tun Perak ini.

 Kepada mereka yang ingin menyumbang melalui internet atau mesin ATM dalam pembinaan rumah Allah ini dalam usaha kita melipat gandakan  amal jariah kita boleh lah menyalurkan ke :

       JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-FAIZIN
       No. Akaun :  14020002861716 BANK MUAMALAT
                             14050000567107 BANN CIMB BERHAD

No comments:

Post a Comment