Friday 16 December 2011

BB BANGI, BANDAR ILMU ATAU BANDAR MAKSIAT

Umum kerap tersilap dalam menilai sesuatu makalah atau buku itu daripada luaran atau kulitnya dan juga tajuknya walhal isi kandungannya kerap tersimpang daripada apa yang dibicarakan. Warna atau rupabentuk sesuatu benda itu yang sepatutnya melambangkan citarasa kita tidak semestinya memiliki kandungan yang kita harapkan. Buah durian yang cantik tidak semestinya mempunyai ulas yang enak begitu juga dengan kita sebagai manusia, berkot tali leher tidak semestinya berjaya. Di gedung dan pasar malah dikaki lima di Guangzhou China, kita akan melihat ramai yang berkot berbasikal buruk atau menolak kereta sorong muat dengan kotak sampah. Begitu juga mereka yang berjubah dan berkupiah tidak semestinya alim berilmu kerana  ramai kita lihat di Jeddah, Arab Saudi atau di Dubai yang mereka langsung tidak melambangkan ketinggian ilmu agamanya. Ini yang kita namakan sebagai persepsi, berkupiah berjanggut tidak semestinya tinggi ilmunya

Bandar Baru Bangi ini di kulitkan oleh YB Shafie sebagai bandar ilmu (walaupun kerajaan BN dari tahun 1972 telah memajukan bandar baru ini sebagai Bandar Bistari) tetapi YB Shafie sendiri tidak menjaganya sebagai mana yang di war-warkan. Reko Sentral adalah antara pintu masuk ke Bandar Baru Bangi dari lebuhraya SILK dan bandar Kajang. Kawasan komersial ini adalah antara yang kerap dikunjungi ramai kerana memiliki pasaraya Econsave, kedai makanan, kedai perabut, Hotel dan pusat hiburan. 2 Buah pusat kareoke adalah antara penarik baru di bandar ilmu ini. Ianya bersebelahan dengan hotel budget yang memudahkan maksiat seterusnya selepas berkareoke. Malah agenda politik "Jom Shopping"nya di sini telah mempromosikan lagi pusat-pusat maksiat ini. Tambahan dengan adanya Uptown sebagai galakan anak muda mengunjungi kawasan ini pada waktu malam.

Kawasan DUN Bangi bakal di semarakkan lagi dengan pusat-pusat maksiat yang lain kerana PAS tidak mampu untuk memperkasakan Daulah Islamiah di Selangor D.E. PAS akan terus ditarik hidung oleh DAP dan PKR dalam pakatan rakyatnya kerana matlamat PAS telah berubah, negeri berkebajikan dengan menambahkan pusat maksiat agar orang Islam di Bandar Baru Bangi akan terus berhibur......  memang PAS PIS PUS.. paskan pusat maksiat..pisssskan rakyat dengan kupiah dan jangutnya...pus..sat kemungkaran di Bandar Baru Bangi. Cuba fikir-fikirkan....Sayangi Selangor, Yakini BN pilihan terbaik buat semua.

YB BANGI AKUI KEGAGALAN

ADUN Bangi YB Dr Shafie dari PAS  mengakui kegagalannya menguruskan kawasan yang di wakilinya sebagai wakil yang dipilih oleh lebih 17  ribu rakyat atau pengundi di DUN N26 Bangi. Bekas pensyarah UKM ini sememangnya pandai menabur janji pilihanraya tetapi gagal memikul amanahnya apabila memenangi PRU 12 yang lalu. Ini terbukti dalam kenyataannya pada 14 Muharam 1433H atau 10 Disember 2011 :- 

Masalah kebersihan, semak samun dan kotoran di Kawasan Jubli Perak, Seksyen 4 yang berkedudukan di tengah-tengah BBB dan di tepi jalan utama dari Bulatan Fasa 4 (Pesiaran Pekeliling) ke Bulatan Pesiaran Universiti telah pernah dibawa ke PKNS dan mesyuarat-mesyuarat MPKj. Tetapi apa yang dijawab oleh MPKj, bahawa kawasan itu di bawah PKNS yang belum diserahkan kepada MPKj dan apabila perkara ini dibawa ke PKNS, maka dijawabnya pula, kawasan itu di bawah MPKj dan bukan tugas PKNS. Akibatnya kawasan tersebut bertahun-tahun terbiar. Kelilingnya ditumbuhi hutan, kawasan dipenuhi lalang dan laman-laman dipenuhi kotoran. Setiap kali lalu melewati kawasan perumahan ini amat sakit mata memandang. Lebih dari itu keadaan bermasalah menjadi cemuhan dan cacian – Bangi Bandar Bersih ?, tetapi hakikat sebenarnya `Bangi Bandar Kotor !`, semak samun dan hutan.



Untuk maklumat bukan sahaja Bangi Bandar Kotor malah keseluruhan kawasan DUN bangi iaitu Sungai Ramal Luar, Bukit Mewah, Kajang Utama, Jalan Reko sehingga ke Bandar Bukit Mahkota adalah kawasan kotor, bersampah sarap, semak samun dan busuk. Malah kebanyakan lampu di jalan-jalan utama dan jalan susur tidak berfungsi. Ini adalah antara perkara yang mengalakkan masaalah sosial yang lain berlaku seperti samun, pecah rumah dan maksiat. 


Tidak hairanlah kita apabila hujan lebat sedikit, banjir kilat di Kg Sg Tangkas, Bangi lama dan Bandar Kajang. Ini semua adalah mangsa kegagalan wakil rakyat PR ini dan ahli majlisnya berfungsi membela kesejahteraan masyarakat. Inilah akibatnya apabila terlalu banyak berpolitik walaupun negeri Selangor telah lebih 3 tahun dikuasai.

Tuesday 6 December 2011

PROGRAM KHATAN PERDANA

Lanjutan dari Program Khatan Perdana pada tahun lepas, ramai ibubapa yang tertunggu-tunggu UMNO Bahagian untuk mengadakan aktiviti yang sama.

Oleh itu pada 4.12.2011 penyertaan yang diluar dugaan dan melebihi kapasiti sebenar iaitu sasaran awal hanya 100 tetapi yang memohon adalah seramai 120 orang. Oleh sebab terlalu ramai yang menyertai program ini maka, program yang bermula jam 8.00 pagi berakhir lewat sehingga jam 7.00 malam.

Program Khatan Perdana ini dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Serdang dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Serdang Dato Mohd Fathil Daud. Dalam ucapan perasmian Penyelaras Dun Bangi ini turut mengumumkan sumbangan RM2,000 untuk pihak Sekolah Jalan 3, BBB yang sudi menjadi tuan rumah tempat program diadakan bagi seluruh penduduk di BBBangi.

Turut hadir semasa program adalah Pengetua Sekolah Jalan 3, pihak BOMBA, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin., Naib Ketua UMNO Bahagian Serdang-Hj.Abdul Kadir Selamat,  Ketua Wanita UMNO Bhgn Serdang-Hjh.Maimunah, Setiausaha-Hj.Baharin Aminuddin, Bendahari-Hj.Zainuddin Tahir dan Ketua Penerangan-En.Borhan serta ramai lagi pemimpin UMNO di kawasan.
Sarapan pagi selepas perasmian, hadir sama adalah Penyelaras Parlimen Serdang-Dato Yap Pian Hon.
Peserta pertama yang telah dikhatan diberikan sijil penyertaan oleh Ketua Wanita-Hjh Maimunah & diringi oleh Pengerusi Biro Agama iaitu Tn.Hj. Roslan
Tn.Mej(B) Abdul Rahim Mohd Amin sedang memujuk seorang peserta khatan yang menangis kerana takut semasa menunggu giliran untuk dikhatankan. Hasil pujukan tersebut peserta ini berhenti menangis dan ceria serta berani untuk masuk dalam bilik khas untuk diadakan proses khatan. Kaedah yang digunakan adalah khatan secara laser.

Saturday 3 December 2011

BICARA ORANG MUDA UMNO USUL AGAMA

Kita bicara secara berilmu untuk pembangunan ummah bukan memaki, mencaci dan memfitnahkan sesama ummah. Bagi rakyat Malaysia khususnya anak muda yang berilmu, beragama dan bertamadun, nilai dan fikirkan lah apa yang disuarakan oleh kalangan rakan sebaya kamu ini sendiri. Usul yang dibawa oleh Saudara Ustaz Fathul Barl Bin Mat Jahya pada Perhimpunan Agung UMNO 2011. 

Bagi mereka yang ingin terus memertabatkan Islam dinegara  Malaysia ini, jangan tersalah pilih platform perjuangan. Kalian bakal tersalah dalam memilih kepentingan politik individu tertentu yang disangkakan perjuangan agama dengan hanya kerana perkataan "Islam" yang tertulis pada pertubuhan itu telah  mengaburi akal kita yang bijaksana.

UMNO telah memertabatkan Islam dari dulu, kini dan selamanya.... kerana agama, bangsa dan negara adalah asas perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). UMNO tidak pernah menuntut kredit daripada hasil yang di perjuangkan,. Apa yang diharapkan adalah sokongan bagi UMNO terus memertabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu/bumiputra dan Negara kita Malaysia yang kita cintai.  

MENGEJUTKAN BANJIR DI KAJANG

Penduduk di Kajang & kawasan yang sewaktu dengannya digemparkan dengan kejadian Banjir Kilat yang amat menakutkan petang 2.12.2011. Kejadian paling buruk berlaku selepas 40 tahun (1971).
Air yang naik dengan cepat menyebabkan 250 kenderaan terperangkap dan 100 premis perniagaan ditenggelami air. Siapa yang bertanggungjawab atas kerugian tersebut???


Amatilah dan hayatilah bersama dan jadikan iktibar disebalik kejadian yang berlaku......

Menurut YDP MPKj faktor utama kejadian ini antaranya masalah sistem perparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpan Hulu Sg.Jelok.

Namun ramai menyatakan kejadian ini memberi petunjuk kepada semua penduduk di Kajang & Selangor ini adalah kesan tindakan pemimpin PR yang rakus mengorek pasir dan pertambahan pusat2 maksiat & rumah2 urut di Kajang???.  Moga bencana alam yang allah tunjukkan dapat membuka mata semua rakyat khususnya umat islam akan kelalai dan kelemahan pentadbiran PAS dalam PR untuk mempertahankan agama islam dan menentang kemungkaran...