Tuesday 6 December 2011

PROGRAM KHATAN PERDANA

Lanjutan dari Program Khatan Perdana pada tahun lepas, ramai ibubapa yang tertunggu-tunggu UMNO Bahagian untuk mengadakan aktiviti yang sama.

Oleh itu pada 4.12.2011 penyertaan yang diluar dugaan dan melebihi kapasiti sebenar iaitu sasaran awal hanya 100 tetapi yang memohon adalah seramai 120 orang. Oleh sebab terlalu ramai yang menyertai program ini maka, program yang bermula jam 8.00 pagi berakhir lewat sehingga jam 7.00 malam.

Program Khatan Perdana ini dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Serdang dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Serdang Dato Mohd Fathil Daud. Dalam ucapan perasmian Penyelaras Dun Bangi ini turut mengumumkan sumbangan RM2,000 untuk pihak Sekolah Jalan 3, BBB yang sudi menjadi tuan rumah tempat program diadakan bagi seluruh penduduk di BBBangi.

Turut hadir semasa program adalah Pengetua Sekolah Jalan 3, pihak BOMBA, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin., Naib Ketua UMNO Bahagian Serdang-Hj.Abdul Kadir Selamat,  Ketua Wanita UMNO Bhgn Serdang-Hjh.Maimunah, Setiausaha-Hj.Baharin Aminuddin, Bendahari-Hj.Zainuddin Tahir dan Ketua Penerangan-En.Borhan serta ramai lagi pemimpin UMNO di kawasan.
Sarapan pagi selepas perasmian, hadir sama adalah Penyelaras Parlimen Serdang-Dato Yap Pian Hon.
Peserta pertama yang telah dikhatan diberikan sijil penyertaan oleh Ketua Wanita-Hjh Maimunah & diringi oleh Pengerusi Biro Agama iaitu Tn.Hj. Roslan
Tn.Mej(B) Abdul Rahim Mohd Amin sedang memujuk seorang peserta khatan yang menangis kerana takut semasa menunggu giliran untuk dikhatankan. Hasil pujukan tersebut peserta ini berhenti menangis dan ceria serta berani untuk masuk dalam bilik khas untuk diadakan proses khatan. Kaedah yang digunakan adalah khatan secara laser.

No comments:

Post a Comment