Friday 17 February 2012

BN SERDANG & PERPADUAN NASIONAL

Suasana sambutan Tahun Baru Cina masih diraih oleh kepimpinan BN melalui Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dun Bangi di Impiral Hotel, Jalan Semenyih malam 16.2.2012.

Semua kaum hadir penuh harmoni dan meriah disamping ingatan kepada semua ahli komponen untuk sentiasa bersiapsedia untuk berkhidmat dan mendekati pengundi menjelang PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa.




Persefahaman, perpaduan & sikap tolarensi perlu dikekalkan bagi semua penduduk di Malaysia yang berbilang kaum. Sebagai menghormati acara semua pemimpin yang hadir iaitu Dato Mohd Fathil Daud-Ketua UMNO Bahagian Serdang, Timb.Ketua UMNO Bhgn Serdang-Tn.Mej (B) Abdul Rahim, Dato Liew Yuen Keong-Ketua MCA Bhgn Serdang/Penyelaras Dun Seri Kembangan, Dato Hoh Hee Lee-TI,.Ketua MCA Bhgn Serdang/Penyelaras Dun Balakong, Ketua MCA Bhgn Serdang-YB Senator Chew Lee Giok, Dato Yap Pian Hon_Penyelaras Parlimen Serdang & pemimpin MIC bersama-sama berjanji untuk kerjasama & bersatu dalam parti komponen BN untuk menghadapi PRU13 memastikan kemenangan BN nanti.


BN kekal kukuh & bersedia untuk berkhidmat demi rakyat Selangor khususnya, PR gagal menunaikan janji-janji Manifesto PR pada PRU12, 2008. Insaflah rakyat Selangor, PR hanya pandai berjanji & bijak "Mekap" sahaja..

No comments:

Post a Comment