Tuesday 24 April 2012

JOM SOKONG CERAMAH: AQIDAH & IDEOLOGI, 27.4.2012


MENGHANGAT SUASANA & MELUNGKAI KONFLIF AGAMA, AQIDAH & IDEOLOGI UMAT ISLAM DALAM ARUS GLOBALISASI DAN POLITIK ERA BARU.

Ayoh perjuang-perjuang bangsa, agama dan budaya serta pewaris pemimpin masa depan hadir ke CERAMAH AQIDAH & IDEOLOGI seperti butiran berikut:-
             Tarikh            :   27 April 2012
         Masa              :    9.00 Malam
         Tempat          : Padang Taman Kajang Mewah (Surau Al-Islah)
         Persembahan : Kumpulan Nasyid DESTINY
         Penceramah  :
             1. Ust. Rosdi Long
             2. Ust. Taharuddin Yaacob (Bekas Pemimpin PAS Pahang) 
             3. Sdr. Lokman Nor Adam (Bekas SU AMK, PKR)

Aktiviti lain: Gerai2 Jualan.
                                   

Monday 23 April 2012

BANTUAN DI AGIH KEPADA RAKYAT TIDAK KIRA KAUM

Pagi Sabtu 20.4.2012 di KRT Bangi Permai, UMNO Bahagian Serdang bersama dengan pihak JKM menyampaikan sumbangan fasa 1 kepada rakyat yang memerlukan bantuan.


Bagi fasa 1 ini seramai 17 orang penerima telah dipilih dan aktiviti ini akan berterusan dilokasi yang berlainan dan melibatkan semua kaum iaitu Melayu, India dan Cina.


Hadir menyampaikan bantuan adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang-Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin, Setiausaha UMNO Bahagian/Ketua JKKP Kg. Bangi-Hj. Baharin Aminuddin, wakil pegawai JKM-En.Alagandran. Ketua MCA Caw. Bangi-En. Johny, Bendahari MIC Bhgn Serdang-En.Tilluppan dan beberapa orang pemimpin parti komponen lain.

Bantuan diagihkan mengikut keperluan golongan sasar agar bantuan yang diagih dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada penerima.

Tuesday 3 April 2012

Bersama Masyarakat India di RT Bangi Permai

Sokongan padu masyarakat India terhadap Kerajaan BN dan Perdana Menteri Malaysia jelas dapat dilihat ketika diadakan Majlis Ceramah 1Malaysia di Rukun Tetangga Bangi Permai pada petang 31.3.2012.

Ceramah 1Malayisa ini adalah anjuran bersama JASA dengan kerjasama RT Bangi Permai yang diselaraskan oleh En. Rajendran dan En.Kuperan. Perceramah didatangkan khas dari JASA dan ceramah disampaikan dalam dialek bahasa Tamil bagi memudahkan pemahaman penduduk yang hadir. Penceramah berinteraksi secara langsung dengan penduduk  untuk menjelaskan Gagasan 1Malaysia, Dasar-dasar Kerajaan, penambahbaikan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia - Dato Seri Najib Tun Razak.  


Antara pemimpin tempatan yang hadir dalam majlis ceramah adalah Timb. Ketua UMNO Bhgn Serdang-Mej (B) Abdul Rahim, Timb.Ketua MIC Bhgn Serdang-En. Muthuvellu, Setiausaha MIC Bhgn Serdang-En. Raju.


Walaupun tempoh singkat iaitu 2 hari sebelum program diberikan untuk diadakan di tempat ini dan tiada bahan promosi kehadiran amat membanggakan. Ini membuktikan masyarakat India di Bangi telah kembali menyokong usaha-usaha kerajaan BN untuk membanngun dan meningkatkan lagi sosioekonomi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Sempat bergambar bersama sebahagian orang ramai yang hadir.