Thursday 24 November 2011

Program "Outreach Jalinan Kasih" di Kg.Bangi

Program "Outreach jalinan Kasih" adalah program yang di anjurkan oleh JKKP Kg.Bangi dengan kerjsama dengan KEMAS & UMNO Bahagian Serdang. Program ini berlangsung mulai 23.11.2011 hingga 25.11.2011.   Petang tadi Penyelaras Dun Bangi-Dato Mohd Fathil Daud telah hadir dalam salah satu aktiviti yang telah dirangka oleh penganjur dalam majlis penyerahan bantuan kepada penduduk kampung yang telah dikenalpasti oleh Ketua Kg. iaitu Tn.Hj. Bahrin Aminuddin.



Pelbagai aktiviti dilakukan melibatkan penduduk kampung sejak 23.11.2011 dimana diadakan majlis penyerahan keluarga angkat, pertandingan aktiviti rakyat, sarapan rakyat, gotong-royong 1MD, majlsi bacaan Yassing & Tahlil, Senamrobik dan sesi dialog bersama Pengarah Kemas Negeri Selangor. Program. pertandingan futsal untuk golongan belia dan banyak lagi aktiviti lain. Majlis ini akan berakhir sebelum solat jumat 25.11.2011.

No comments:

Post a Comment