Wednesday 9 November 2011

AMALAN & PENGERTIAN IBADAH QURAN 1432H

Tahun ini semua umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Nov 2011(10 Zulhijjah 1432). UMNO Bahagian Serdang telah melakukan Program Qurban Perdana 1431H pada 7 Nov 2011 bertempat di Surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah (Seksyen 7, BBB). 10 ekor lembu disumbangkan bagi menjayakan program ini dan daging korban ini diagihkan kepada kepada penduduk setempat dan orang ramai yang hadir.


Dato Mohd Fathil Bin Daud, Ketua UMNO Bahagian Serdang/Penyelaras Bangi turut bersama orang ramai seawal jam 7.00 pagi dan berkesempatan bersama Pengerusi Surau/JK Surau untuk beramah mesra dan berbincang permasalahan kariah surau.

UMNO Bahagian Serdang merasa amat terharu dan bersyukur dengan kehadiran dan sokongan penduduk dan orang ramai yang diluar jangkaan dengan kehadiran lebih 800 orang. Walaupun ramai penduduk setemapt balik kampung, tapi sokongan positi penduduk/orang ramai dalam menjayakan ibadah korban ini menjelaskan yang masyarakat Melayu/Islam telah kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN. Pandangan ini disurakan oleh penduduk yang hadir dengan membandingkan aktiviti korban yang telah dianjurkan oleh pihak PAS sehari awam(6.11.2011) ditempat yang sama, namun kehadiran tidak seramai.
Sempat berposing, Dato Mohd Fathil Daud-Ketua UMNO Bahagian Serdang dan Tn.Mej (B) Abdul Rahim-Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang bersama dengan Pengerusi Surau & Setiausaha Surau Al-Islah, tengah adalah Ketua PDM-Tn.Hj. Mustpha
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir bersama-sama menjayakan Program Qurban Perdana 1432H dan memohon maaf jika ada kekurangan yang berlaku semasa program berlangsung. Moga melalui aktiviti ini semua umat islam memahami pengertian ibadah korban dan sama-sama berkorban untuk mempertahankan kedudukan agama islam dan umat islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment