Saturday 28 January 2012

KECELARUAN MATLAMAT POLITIK PAS

Apabila kita berbicara berkaitan apajua perjuangan pastinya kita menyatakan matlamat atau objektif perjuangan tersebut, begitu juga perjuangan kita dalam berpolitik pastinya wadah perjuangan itu jelas agar penyokong, pengikut dan pengundi kita faham usaha kita. Hari ini didalam senario pasca PRU 12, kita dapat melihat kecelaruan matlamat beberapa parti-parti pakatan pembangkang khususnya PAS atau Parti Islam SeMalaysia (PIS).

Oleh kerana kemarukkan kuasa politik parti PAS ini kini sudah hilang identitinya. Wadah negara Islam yang dilaungkan selama ini telah hanyut di angkasa lepas yang terajui oleh parti roked DAP. PAS bukan sahaja gagal mendaulahkan Islam di negeri Selangor Darul Ehsan malah hilang porfolio Exco Agama yang kini di kuasai oleh parti cacamarba PKR, parti yang dikuasai oleh Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong dan Xavier Jayakumar serta tukang skoding Azmin Ali.

Porfolio agama ini sememangnya mendapat tentangan berterusan dari mula kerajaan pakatan pembangkang ini berkuasa. Tentangan daripada taiko-taiko DAP, Teresa Cock, Monaharan Malayalam, Ronnie Liu, Ean Yong dan lain-lain taiko DAP. Kini mereka berjaya menyingkir PAS dan meletakkan ulama serbaserbi ustaz Khalid Ibrahim yang sentiasa boleh digula-gulakan. Pluralism dan LGBT( Lesbian,Gay, Bisexual dan Transgender) bakal bermaharaja lela di Selangor D.E. Memang itupun yang pakatan pembangkang perjuangkan dan mereka hampir berjaya atas tiket hak kebebasan manusia.

Kini PAS membawa wadah sukan untuk diperjuangkan di Selangor. Tahniah kepada PAS pemain-pemain bolasepak Selangor bakal berjanggut, berkupiah tapi tetap berseluar pendek untuk bermain bola. PAS tetap dilihat gagal dalam memertabatkan agama Islam. Usaha Dato Dr Hassan Ali mempertahankan akidah telah menyebabkan beliau sebagai mangsa perjuangan kuasa politiknya.

Beberapa tokoh tokoh yang dahulu kononnya ulamak PAS, kini adalah pelarian yang sedang meraba mencara platform untuk meneruskan hala tuju yang telah tersimpang jauh. Persepsi yang dibawa oleh, kononnya "PM in the making" yang penuh dengan kontravesi seks, papet Yahudi dengan timbunan simpanan wang rakyat diluar negara semasa menjadi TPM dan menteri kewangan dulu iaitu DS  Anwar Ibrahim, telah berjaya mengadaikan perjuangan  wadah Islam kepada DAP demi kuasa bersama pakatan pembangkang.

Selepas mengadaikan agama Islam Anwar akan terus mengadai apajua, harga diri keluarga, penyokong, rakyat malah negara ini asalkan cita-cita nya untuk kePutrajaya tercapai.....Masya Allah, semoga Allah SWT memberikan rahmatNya kepada pengundi Melayu dan muslim pada PRU 13 agar kembalikan keAgungan Islam di Selangor di bawah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional...amin

No comments:

Post a Comment