Tuesday 18 October 2011

MEMPERSENDAKAN MARUAH NEGARA OLEH KITOL DAN DAJAL

Di era globalisasi dengan dunia tanpa sempadan ini, pewaris kita dilihat amat mudah dipengaruhi. Fakta yang di putarbelit menjadikan anak-anak muda dalam generasi Y begitu cepat mempercayai, keseronokkan menyalahkan sesuatu institusi menjadi umpama budaya. Mengalihkan kesalahan diri kepada orang lain telah menjadi amalan kurang sihat semenjak ianya diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin ini samada dari PKR, PAS atau DAP sentiasa memberikan prsepsi seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan peraturan. Mereka juga memberikan persepsi seolah-olah rakyat  ini begitu jahil tentang pengurusan dan pentadbiran jabatan atau kementerian di negara ini.

Cerita-cerita seperti mudahnya pendatang Myanmar atau Bangladesh mendapat kerakyatan begitu kuat dipermainkan. Kisah kononnya berbas-bas dari Johor diisikan oleh kuncu dari UMNO untuk merakyat Malaysia kan pendatang asing di Putrajaya. Mereka ini mengandaikan bahawa semua kakitangan kerajaan di institusi seperti Jabatan Imigrasen itu bersekongkol dengan UMNO atau BN seolah-olah kakitangan kerajaan ini tidak memikirkan keselamatan negara. Mereka lupa bahawa pada PRU yang lalu ramai kakitangan kerajaan memangkah selain Barisan Nasional hingga meyebelahi PR kerana ingin menyedarkan UMNO dan Barisan Nasional, mereka tidak mungkin akan berdiam diri jika benar BN melakukannya.

Kita tahu ramai kakitangan kerajaan ini lebih nasionalis dari sebahagian kita orang politik yang kuat melaungkan kata-kata seolah-olah memperjuangkan keselamatan negara dari ancaman luar. Penyokong PR juga lupa bahawa pemimpin utama mereka secara tidak langsung telah menjemput pemimpin pihak-pihak berkepentingan dari luar negara sana yang cemburu dengan kemakmuran negara untuk mula bertapak di bumi bertuah ini. Mereka telah memajakkan maruah negara untuk memperolehi sokongan dari luar. Maruah negara di jaja untuk pajakan asalkan mereka dapat apa yang dihajati.

Kelak, apa yang di tinggalkan hanya lah adat dan budaya yang kita sentiasa pertahankan. Lihat sahaja lah apa yang usaha mereka memertabatkan budaya negara. Upacara-upacara membudayakan kesenian Melayu anak bangsa hanya dapat di lihat dimajlis-majlis anjuran kerajaan atau UMNO sahaja. Begitu juga dengan kaum lain, hanya komponen BN yang mempertahanknnya.

Sedarlah wahai anak bangsa, jangan sesekali kita bersama dengan sikitol yang pastinya berkepentingan tanpa memikirkan masa depan negara tercinta ini. Kita yakinlah pada kakitangan kerajaan yang mengurus dan mentadbir dasar negara. Mereka yang melaksanakan amanah, meraka bukan calangan pegawai dan kakitangan yang boleh diperkotak-katikan. Dan pastinya mereka berpendirian, berhemah, bermoral tinggi dan bermaruah.


Hanya sikitol dan si dajal yang sentiasa berkerjasama dengan si iblis dan sisyaitan supaya kita hilang keyakinan dan kita hilang pendoman. Bangunkan lah jatidiri kita sebagai anak bangsa. Jangan mudah terpengaruh dengan persepsi yang bakal merosakkan negara supaya tidak jatuh kepada mereka yang tidak mampu mengawal diri.. apatah mengawal lagi marauh negara..   

No comments:

Post a Comment