Saturday 22 October 2011

MERAIKAN WARGA MAS SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI DI PDM BANGI

Kaum India bakal meraikan sambutan Perayaan Hari Deepavali pada tanggal 26 Oktober 2011 ini, maka warga mas di PDM Bangi ini adalah antara mereka yang diraikan. Jasa-jasa warga mas atau orang lama tidak seharusnya di lupakan, kerana mereka adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja ladang-ladang yang telah meneroka dan menyumbang dalam evolusi dan pembangunan di Bangi.


Barisan Nasional yang sememangnya prihatin terhadap kehidupan rakyat telah menyampaikan sumbangan  sempena perayaan ini bagi menghargai usaha semua warga mas itu sebelum ini. YBhg Dato Yap Phian Hon penyelaras Parlimen Serdang yang juga dari MCA, Mej(B) Abdul Rahim Mohd Amin Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Tuan Abu Bakar dari MIC serta ramai lagi pemimpin MIC dan komponen BN telah turut serta dalam majlis ringkas ini. Ramai juga individu serta syarikat juga telah bersama-sama menyampaikan sumbangan ikhlas mereka. Gandingan ini menunjukan bahawa pemilik-pemilik syarikat dan usahawan yakin kepada kepimpinan YAB Dato Sri Najib Tun Razak dalam agenda Transfomasi Nasional yang bakal mempertingkatkan daya saing ekonomi negara.

Pihak penganjur pula amat menghargai usaha YBhg Dato Yap Phian Hon, Mej(B) Abdul Rahim serta semua ahli komponen BN yang amat prihatin dalam gerak kerja mendekati rakyat. Mengenali cara Dato Yap dan Mej(B) Rahim sebelum ini, pemimpin masyarakat kaum India di PDM Bangi menyatakan keyakinan bahawa mereka pasti bahawa Barisan Nasional telah berubah dan mampu membawa perubahan kepada mereka selepas PRU 13 yang akan datang.

Oleh itu mereka menyatakan sokongan padu perlu di berikan kepada siapa saja calon BN oleh kaum India di Bangi kerana setelah lebih 3 tahun memerintah Selangor, PR  langsung tidak melakukan apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka yang lalu.  Janji kosong  PRU 12 oleh PR sememangnya tiada niat untuk di tunaikan oleh mereka samada dulu, kini atau selamnya ... kini mereka sekali lagi menjanjikan satu penipuan melalui buku jingga.

No comments:

Post a Comment